Keadah Pembelajaran Al-Quran melalui Teknik Al-Baghdadi

##plugins.themes.academic_pro.article.main##

Noornajihan Jaafar

Abstract

Teknik Al-Baghdadi merupakan sebahagian daripada kepelbagaian cara P&P yang tercetus
daripada perkembangan semasa pendidikan al-Quran di mana keperluannya menurut pengasas
begitu memberi impak jauh lebih berkesan pada majoriti besar pelajar yang masih belum boleh
membaca al-Quran. Modul pembelajaran yang disusun oleh pengasas lengkap dan memenuhi
keperluan pembelajaran seperti yang mendapat perhatian dalam pelbagai cabang kajian
berkenaan masalah pendidikan. Salah satunya adalah pendekatan 5 Domain yang diterapkan
dalam Al-Baghdadi Playtime. Teknik Al-Baghdadi memudahkan pengajaran guru kerana boleh
diaplikasikan dalam bentuk kelas melibatkan keseluruhan pelajar dan masa yang diperuntukkan,
silibusnya yang merentas kurikulum sehingga membolehkan pelajar mengenal lebih daripada
satu bentuk bacaan walaupun masih berada pada pelajaran pertama, pelajaran yang padat dan
menggunakan sistem SAS yang terbukti berkesan, Teknik yang bertindak mendisiplinkan bacaan
dan sekaligus merangsang kemahiran dan tumpuan sepenuhnya, sukatan pelajaran yang lentur
terhadap semua peringkat umur (dibuktikan melalui kelas-kelas yang dijalankan di seluruh
Malaysia dan testimoni lebih 8000 peserta kursus yang pernah menghadiri program Al Baghdadi
Method Sdn. Bhd.) dan melahirkan pelajar yang bukan sahaja belajar namun boleh
mengajarkannya kepada orang lain kerana sukatan dan tekniknya yang mudah untuk difahami.

##plugins.themes.academic_pro.article.details##

How to Cite
Keadah Pembelajaran Al-Quran melalui Teknik Al-Baghdadi. (2020). Annual Conference on Islamic Early Childhood Education (ACIECE), 2, 1-8. https://conference.uin-suka.ac.id/index.php/aciece/article/view/54

How to Cite

Keadah Pembelajaran Al-Quran melalui Teknik Al-Baghdadi. (2020). Annual Conference on Islamic Early Childhood Education (ACIECE), 2, 1-8. https://conference.uin-suka.ac.id/index.php/aciece/article/view/54

References