Analisis Komponan Makna Terma ṭahārah dan Padanannya dalam Bahasa Melayu

Analisis Komponan Makna Terma ṭahārah dan Padanannya dalam Bahasa Melayu

Authors

  • naimah jogja

Keywords:

componential analysis; konsep ṭahārah; semantik

Abstract

Perkembangan gaya hidup semasa menyebabkan perkhidmatan dobi layan diterima dangan baik dalam kalangan masyarakat. Beberapa isu yang pernah dimainkan dalam media sosial terkait perkhidmatan ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran masyarakat boleh dipersoalkan. Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri makna terma ṭahārah serta merumuskan padanan yang sinonim dengannya dalam bahasa Melayu. Teori Componential Analysis diaplikasi untuk membina medan makna bagi istilah ṭahārah, dan mencari padanan yang terhampir kepada terma ini dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terma suci adalah padanan terhampir kepada terma ṭahārah seperti yang dituntut syarak, walaupun terdapat kekurangan ciri pada terma berkenaan. Kekurangan ciri ini akan menyumbang kepada penyempitan makna oleh masyarakat. Manakala terma-terma lain yang seakan sinonim tidak menepati ciri-ciri makna ṭahārah. Implikasi kajian ini mengisyaratkan bahawa didikan asas agama adalah penting untuk memantapkan kefahaman fardu ain masyarakat dan membentuk etika mereka dalam menjalani kehidupan seharian agar selari dengan tuntutan syarak.

References

Downloads

Published

2023-12-29

How to Cite

Analisis Komponan Makna Terma ṭahārah dan Padanannya dalam Bahasa Melayu: Analisis Komponan Makna Terma ṭahārah dan Padanannya dalam Bahasa Melayu. (2023). International Proceeding Annual International Conference Education Research, 1(1), 317-327. https://conference.uin-suka.ac.id/index.php/Pic/article/view/1353